Sekolah ini ditubuhkan dalam tahun 1902 dengan nama Sekolah Melayu Port Weld, bertempat di Matang Road. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal di sekitar Port Weld dan Matang Road. Guru Besar yang pertama ialah Tuan Syed Abdullah.
Pada tahun 1907, nama sekolah itu telah ditukar kepada Sekolah Melayu Matang Road. Pada tahun 1917, sebuah sekolah yang berasingan khas untuk kanak-kanak di kawasan Port Weld telah ditubuhkan dengan nama Sekolah Malayu Port Weld. Bangunan itu terletak di tepi sungai berhampiran bangunan JKR72.
Pada tahun 1930, dibangunkan pula sebuah bangunan lain berhampiran bangunan tersebut. Pada 10 Mac 1978, nama sekolah ini telah ditukarkan dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Laksamana Port Weld. Berikutan keuzuran bangunannya, sebuah bangunan baru telah dibina di atas Lot 1444, Mukim Jebong mulai tahun 1980 dan mula diduduki pada bulan April 1982. Bermula detik itu, sekolah tersebut akhirnya diberi nama Sekolah Kebangsaan Laksamana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUBUNGI KAMI
Sekolah Kebangsaan Laksamana
34650 Kuala Sepetang
Perak
Malaysia
Telefon : 058581084
Fax : 058581084
E-Mail : sklak@ppdlms.edu.my
34650 Kuala Sepetang
Perak
Malaysia
Telefon : 058581084
Fax : 058581084
E-Mail : sklak@ppdlms.edu.my
PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Laksamana tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.
0 comments:
Post a Comment